Sebagai seorang ibu, pelakon terkenal Rita Rudaini menyuarakan pandangannya mengenai cadangan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk memansuhkan sistem pembelajaran berorientasikan peperiksaan.
Meluahkan rasa tidak setuju, Rita berpendapat seorang menteri harus mendengar keluahan rakyat sebelum membuat sebarang perubahan.
Setiap kali tukar menteri, dasar pendidikan pun tukar
Jelasnya, perubahan dasar pendidikan yang kerap berlaku membuatkan ibu bapa dan guru semakin tertekan.

Menurut Rita lagi, peperiksaan tidak seharusnya dimansuhkan, sebaliknya silibus yang perlu diperbaiki.
Cikgu-cikgu belum sempat nak hafal dan hadam sistem yang lama, dah tukar hat lain pula. Payah-payah mansuhkan sekali SPM untuk elak murid stres.
Bagi Rita, peperiksaan bukanlah punca tekanan utama pelajar sebaliknya, silibus yang terlalu berat dan tidak relevan menjadi beban yang harus dipertimbangkan.
“Semua budak dulu jadi orang, siap ada yang jadi menteri lagi” – Rita Rudaini

Selebriti ini berkata, setiap pelajar pasti akan merasai tekanan apabila memasuki universiti atau alam pekerjaan kelak.
Pelakon itu juga sempat menyelitkan rutin harian anaknya yang dipenuhi dengan jadual pembelajaran untuk ‘mengejar’ silibus pendidikan yang semakin ‘advanced’.
#OhmediaNasihat
Rasanya rungutan mengenai silibus ini sudah lama disuarakan guru-guru dan ibu bapa kan? Sebaiknya, pandangan rakyat juga harus diambil perhatian untuk kebaikan generasi akan datang.





