Microsoft tangani empat kelemahan platformnya

Microsoft tangani empat kelemahan platformnya

saufi@mediaprima.com.my

Syarikat teknologi, Microsoft sudah menangani empat kerentanan keselamatan utama dalam perkhidmatannya.

Ia memastikan keselamatan pengguna dan pembangun yang bergantung pada platform Microsoft. 

Kerentanan itu berkaitan dengan Microsoft Copilot Studio, portal Partner.Microsoft.Com, Azure PolicyWatch dan Dynamics 365 Sales.

Microsoft menjelaskan bahawa kerentanan ini membolehkan penyerang meningkatkan keistimewaan melalui rangkaian. 

Masalah ini sudah ditangani sepenuhnya dan tiada tindakan lanjut diperlukan oleh pengguna.

Microsoft Copilot Studio adalah sebuah platform yang membolehkan pembangun membina ejen AI dan menyusun kod secara automatik, terjejas oleh kerentanan kritikal dengan penilaian 9.3 daripada 10 pada skala CVSS. 

Masalah ini membabitkan peneutralan input yang tidak betul semasa penjanaan halaman web (cross-site scripting).

Microsoft memberi jaminan kepada pengguna bahawa semua kerentanan sudah ditangani sepenuhnya dengan mitigasi atau tampalan yang digunakan. 

Untuk Copilot Studio, Azure PolicyWatch, dan Dynamics 365 Sales, tiada tindakan diperlukan daripada pengguna. 

Portal Partner.Microsoft.Com akan menerima kemas kini automatik dalam beberapa hari akan datang.

Pengguna digalakkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan kemas kini keselamatan dan memastikan sistem mereka sentiasa dikemaskini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top