Netizen ‘Bitter’ Intan Najuwa Berhabis Hias Bilik Anak, Empunya Badan Tampil Bersuara – “Takkan Nak Tumpang Bilik J*bon”

Netizen ‘Bitter’ Intan Najuwa Berhabis Hias Bilik Anak, Empunya Badan Tampil Bersuara – “Takkan Nak Tumpang Bilik J*bon”

Pelakon Datin Intan Najuwa menyelar tindakan segelintir netizen yang kelihatan kurang senang dengan usahanya menghias bilik anak sulungnya.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di ruangan Instagram Story, seorang pengguna media sosial menegur usaha Intan yang disifatkannya sebagai sia-sia.

Ini kerana, selain berhabis wang ringggit, anak sulungnya itu akan berada di bilik ibu bapanya kelak.

“Aku dulu beria hias bilik baby bukan main.
Akhirnya baby duduk dalam bilik aku sebab nak menyusu, mana boleh tinggal,” katanya.

 

Sedar dengan komen yang diberikan, pelakon drama rantaian Kekasih Paksa Rela itu tampil memberikan respons.

Katanya, tujuan dia menghias bilik anaknya itu adalah untuk menyimpan barang miliknya.

“Ye jebon, kita pun bukan nak suruh dia dalam bilik dia.

“Kita hias bilik dia untuk letak barang-barang dia. Takkan nak tumpang bilik jebon,” balasnya.

Terdahulu, Intan berkongsi berita gembira apabila dia dan suami bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

Berkongsi keterujaan itu, aktres ini kelihatan meminta pertolongan pengikutnya di media sosial agar berkongsi mana-mana pereka dalaman yang sesuai yang boleh menghias bilik anaknya.

Untuk rekod, Intan berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos tahun lalu.

Scroll to Top