20 maut dalam kejadian bot terbalik di Cameroon

20 maut dalam kejadian bot terbalik di Cameroon
20 maut dalam kejadian bot terbalik di Cameroon

Sekurang-kurangnya 20 orang maut pada Khamis selepas sebuah bot terbalik di wilayah Far North, Cameroon – Foto: Agensi

YAOUNDE – Sekurang-kurangnya 20 orang maut pada Khamis selepas sebuah bot terbalik di wilayah Far North, Cameroon, menurut saksi dan sumber keselamatan.

Bot itu terbalik ketika membawa penumpang dari pulau Darak di bahagian Logone-et-Chari, wilayah berkenaan, kata saksi kepada Xinhua pada petang Khamis.

Media tempatan melaporkan bahawa jumlah korban dijangka meningkat apabila pasukan penyelamat meneruskan usaha mencari mangsa.

Menurut sumber keselamatan, siasatan rasmi telah dimulakan bagi mengenal pasti punca kemalangan. – Bernama- Xinhua

Scroll to Top