Bersempena Ulang Tahun Kelahiran 2 Orang Anak… Wawa Zainal, Aeril Zafrel Hadiahkan Kondominium

Bersempena Ulang Tahun Kelahiran 2 Orang Anak… Wawa Zainal, Aeril Zafrel Hadiahkan Kondominium

Bersempena ulang tahun hari jadi dua orang anak mereka, pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menghadiahkan Ayya Soffya dan Muhammad Fahri sebuah rumah.

Menghadiahkan Sofia dan Fahri kediaman jenis kondominium di Bangi, Selangor, pasangan usahawan ini mahu ia dijadikan aset oleh anak-anak mereka di masa hadapan.

“Alhamdulillah, kali ini rezeki untuk kami hadiahkan anak-anak rumah. Kami berikan seorang satu kondominium, semuanya untuk masa depan mereka.

“Harganya pula tidak mahal mana, kalau boleh tak perlu cerita mengenai perkara terbabit,” kata Wawa kepada XTRA.

Wawa dan Aeril ditemui di majlis sambutan hari jadi anak-anak mereka dan pada acara sama, mereka turut melancarkan Wawa Mummy Baby Sunscreen Set di Bangi Golf Resort, Selangor pada Sabtu.

Untuk rekod, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013.

Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar , 11, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 8, Ayya Sofia, 4, dan Muhammad Fahri, 3 tahun.

Menurut Aeril pula, dia dan Wawam menyimpan sejumlah wang untuk anak-anak mereka dan telah menjadikan perkara itu sebagai kebiasaan.

Aeril dan Wawa mahu masa depan anak-anak mereka terjamin dan wang itu juga bakal digunakan untuk tujuan pendidikan serta kecemasan di masa akan datang.

“Kami memang menyimpan wang untuk anak-anak kami guna di masa akan datang. Sebenarnya, setiap anak saya sudah ada rumah masing-masing.

“Kami simpan duit juga buat mereka setiap bulan tak pernah tertinggal untuk kegunaan belajar atau kecemasan.

“Sedar tak sedar banyak dah simpanan anak-anak, kita pun tak tahu di masa hadapan apa-apa boleh berlaku,” kata Aeril.

Dalam perkembangan lain, Wawa dan Aeril melancarkan produk terbaharunya iaitu Wawa Mummy Baby Sunscreen Set.

Memperkenalkan Wawa Sunkids Green yang sesuai untuk kanak-kanak, ia dijual bersama Wawa Sunscreen.

Mereka memperuntukkan 100,000 unit untuk kempen kali ini.

Scroll to Top