Mangsa banjir seluruh negara menurun

Mangsa banjir seluruh negara menurun

PETALING JAYA: Jumlah mangsa banjir di lapan negeri yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) mencatatkan penurunan pada pagi ini.

Setakat pukul 11 pagi ini, seramai 89,059 mangsa daripada 26,957 keluarga masih berada di 371 PPS di seluruh negara.

Menurut laman sesawang Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JK), Kelantan merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 53,704 orang membabitkan 17,128 keluarga.

Mereka berlindung di 145 PPS yang beroperasi di lapan daerah di negeri itu.
Ini diikuti di Terengganu dengan 24,123 mangsa membabitkan 6,404 keluarga yang ditempatkan di 130 PPS di lapan daerah.

Kedah pula merekodkan 7,436 mangsa daripada 2,279 keluarga yang ditempatkan di 40 PPS membabitkan lima daerah.

Di selatan tanah air, seramai 1,055 mangsa dicatatkan di Johor manakala di Melaka (161), Perak (654) dan Perlis (69).-UTUSAN

Scroll to Top