am@hmetro.com.my
Kuantan: Mahkamah Majistret di sini hari ini, membenarkan perintah reman tiga hari bermula hari ini terhadap suami kepada bekas model dan pelakon kerana menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.
Terdahulu, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata dilaporkan berkata, bekas model dan pelakon itu dicederakan suaminya kerana ingin keluar rumah dan tinggal berasingan.
Laporan polis dibuat mangsa pada 27 November lalu dan suami mangsa ditahan semalam, selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




