Pasangan selebriti terkenal, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sering kali mencuri perhatian netizen dengan keakraban dan cara mereka mendidik anak-anak.
Namun, apa yang menarik perhatian kali ini adalah luahan hati Hairul terhadap isterinya yang cukup romantis dan menghiburkan.
“Saya adalah peminat Hanis Zalikha” – Hairul Azreen
Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok, Hairul mengakui yang dirinya mahu ‘mengorat’ Hanis walaupun mereka sudah mempunyai dua cahaya mata.
Kalau boleh setiap hari saya nak try ngorat dia walaupun dah ada dua anak. Saya memang suka Hanis dari dulu.
Luahan ini nyata membuat ramai peminat teruja dan kagum dengan cara Hairul mengekalkan kemesraan dalam hubungan mereka.
Mahu fokus pada keluarga

Hairul turut berkongsi keputusan berhenti daripada dunia lakonan untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga, khususnya kepada anak-anak mereka.
Bila saya nampak anak membesar depan mata, saya gembira.
Keputusan ini menunjukkan betapa besarnya kasih sayang Hairul terhadap keluarganya dan betapa pentingnya nilai kebahagiaan bersama insan tersayang.
#OhmediaNasihat
Hubungan yang bahagia memerlukan usaha dari kedua-dua belah pihak. Luahan Hairul ini mengingatkan kita bahawa cinta tidak seharusnya terhenti selepas berkahwin.
Teruskan usaha memikat pasangan walaupun sudah lama bersama, kerana itulah rahsia hubungan yang kekal harmoni.





