Ibu Mentua Kirim ‘Quotes’ Wanita Diuji, Umisya Mazlan Luah Rasa Syukur – “Insan Yang Tak Pernah Henti Mendoakan Saya”

Ibu Mentua Kirim ‘Quotes’ Wanita Diuji, Umisya Mazlan Luah Rasa Syukur – “Insan Yang Tak Pernah Henti Mendoakan Saya”

Madu kepada pempengaruh, Marissa Dania iaitu Umisya Mazlan meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan seorang ibu mentua yang baik.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Umisya atau lebih mesra disapa Misya memuat naik tangkap layar memaparkan perbualan bersama ibu mentuanya.

Ibu mentua Misya menghantar ‘quotes’ dan sebuah video mengatakan individu tersebut turut diuji seperti menantunya itu.

“Orang yang pernah diuji Allah macam Misya,” tulisnya.

Sementara itu, Misya berkata ibu mentuanya itu tidak henti mendoakan serta memberi nasihat kepadanya.

“Ummi, ibu mentua serta insan yang terlalu baik. Yang tak pernah berhenti menasihati dan taburkan kebaikan untuk Misya,” katanya.

Sebelum ini, nama Marissa hangat menjadi buah mulut ramai selepas menjadi isteri kedua kepada jejaka bernama Ahmad Aslam tanpa pengetahuan keluarga dan Misya dalam satu majlis pernikahan berlangsung di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Artikel Berkaitan: “Lepas Poligami Laki Makin Sayang.. Tak Percaya? Minta Laki Akak Kahwin Lagi” – Umisya Mazlan Sinis Balas Komen Celupar

Artikel Berkaitan: Nama Semakin Popular Gara-Gara Marissa Dania? Ini Respons Umisya Mazlan

Scroll to Top