“Tolong Jangan Minta Maaf Kerana Gunakan Media Sosial Untuk Luah Masalah Keganasan Rumah Tangga” – Lisa Surihani

“Tolong Jangan Minta Maaf Kerana Gunakan Media Sosial Untuk Luah Masalah Keganasan Rumah Tangga” – Lisa Surihani

Pelakon jelita, Datin Lisa Surihani menyokong tindakan pelakon yang juga model, Zahnita Wilson susulan isu keganasan rumah tangga yang menimpanya baru-baru ini.

Kata Lisa, dia tidak sepatutnya meminta maaf apabila menggunakan platform media sosial bagi menyuarakan masalah yang dihadapinya.

Malah, apa yang dilakukan Zahnita itu adalah perkara yang betul dek kerana kes tersebut telahpun mendapat perhatian pihak berkuasa.

“Saya sangat bersyukur anda berjaya keluar dari rumah tersebut. Anda melakukan perkara yang betul dengan melaporkan perkara ini kepada pihak polis.

“Tolong jangan minta maaf kerana menggunakan media sosial untuk meluahkan masalah tersebut.

“Tindakan itu pastinya sukar untuk dilakukan. Tiada kata yang dapat menggambarkan amarah dan rasa kecewa.

“Semoga Allah melindungi awak dan hilangkan segala trauma yang dialami,”katanya.

Lisa tampil memberikan respons menerusi komen balas yang ditinggalkan pada hantaran foto yang dimuat naik Zahnita di Instagram miliknya.

Terdahulu, media melaporkan, suaminya iaitu Zachery ditahan selama tiga hari bermula pada Selasa hingga Khamis bagi membantu siasatan.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Terbaharu, aktres itu dikatakan nekad  memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang pada Selasa.

Scroll to Top