Penyampai radio dan adik kepada penyanyi, Faizal Tahir iaitu Anas Tahir mempersoalkan tindakan segelintir pelakon yang bersikap terbuka ‘menayang’ badan dalam filem.
Menerusi perkongsian video di TikTok, Anas mengimbau kembali kejadian abangnya, Faizal yang pernah teruk dikecam sehingga disekat akibat aksinya membuka baju di sebuah pertandingan pada 2008.
“Aku tertanyalah, dulu tak silap aku tahun 2008 abang aku buat konsert, dia (Faizal) buka baju lepas tu kena kecam, ‘banned’, kena gam dan tindakan tatatertib.
“Aku tak pertahankan abang aku, dan aku pun aku pun tak suka nak ‘backup’ dia. Salah tetap salah.
“Ketika kejadian tu arwah mak aku nangis-nangis call aku sedih abang aku buka baju. Masa tu ada United Kingdom (UK),” katanya.
Sementara itu, Anas turut berpendapat bahaya menayang badan atau membuka baju ini seolah-olah sudah menjadi satu ‘trend’ atau budaya ikutan segelintir selebriti.
“Tapi sekarang ni, aku tengok buka baju dalam filem, siap ‘promote’ kaw kaw lagi.
“Dan buka baju tu bukan sikit tau, Kalau boleh dah nak nampak diorang punya bulu dekat ‘angry bird’.
“Tapi sekarang lain, buka baju macam dah jadi satu trend.. kalau boleh nak semua perempuan menggeletis, menggeletek semua lah. Allahuakar, fikirlah,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, kenyatannya itu bersikap terbuka dan tidak merujuk kepada mana-mana filem.
@aanastahirr Dulu dihukum.. sekarang dijulang.. #tuje #sajenakbagitau




