Sabah buat Penang gigit jari

Sabah buat Penang gigit jari

zulfaizan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Penang FC melepaskan peluang keemasan untuk merampas kedudukan kedua Liga Super selepas terikat 1-1 dengan Sabah di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.

Penang yang boleh memintas Kedah di kedudukan kedua terpaksa akur apabila satu mata yang diraih itu meletakkan mereka di tangga keempat, berkongsi 15 mata dengan Terengganu FC (TFC) di tempat ketiga.

Sabah pula kekal di kedudukan ke-10 selepas hanya mengumpul enam mata daripada lapan perlawanan musim ini.

Penang yang dijangka tidak berdepan masalah untuk mengatasi Sabah bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan pembukaan pelawat menerusi percubaan jarak jauh Saddil Ramdani pada minit ke-52.

Anak buah Tomas Trucha cuba bangkit dengan beberapa gerakan berbahaya untuk mencari gol penyamaan dan usaha mereka berhasil selepas Casagrande meledak jaringan ketika perlawanan hanya berbaki lima minit.

Penang turut memperoleh beberapa peluang selepas itu, namun gagal disudahkan dengan jaringan yang menyaksikan terpaksa berpuas hati dengan satu mata.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top