[VIDEO] Datuk Red Menangis, Sebak Cium Cincin Adira Suhaimi – “Kalau Jadi Apa-Apa Pada Dia, Saya Bapa Tak Guna”

[VIDEO] Datuk Red Menangis, Sebak Cium Cincin Adira Suhaimi – “Kalau Jadi Apa-Apa Pada Dia, Saya Bapa Tak Guna”

Usahawan dan pempengaruh, Datuk Red menitiskan air mata setelah mengetahui bekas isterinya, Adira Suhaimi jatuh pengsan ketika di rumah.

Menerusi video siaran langsung tular di aplikasi TikTok, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu menyalahkan dirinya seandainya terjadi perkara yang tidak diingini kepada Adira.

“Saya menangis, tadi gugur air mata seorang duda. Adira pengsan tadi depan anak-anak dan abang dia. Dia boleh tak sedar terhantuk dekat chiller.

“Bila Adira sedar dari pengsan, muka dia sangat pucat. Bibir jadi biru. Lepastu dengan Anggerik (anak sulung) menangis.

“Kalau apa-apa jadi, aku ini seorang ayah yang tak berguna. Tak boleh diharap. buat kelakar boleh la tapi hidup ke” katanya.

@kunci.si_merak

Moga cepat sembuh Ami. Terbaik tok..tunggu Ami #abgred #adirasuhaimi #tiktoklive #fyp

♬ original sound – kunci.si_merak – kunci.si_merak

Dalam video sama juga, Datu Red turut mencium cincin Adira serta berdoa agar mereka segera bersatu kembali.

Sebelum ini, Penyanyi Adira Suhaimi dikejarkan ke pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor selepas jatuh pengsan di kediamannya.

Memetik laporan mStar, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 33, dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan hasil pemeriksaan doktor mendapati pelantun lagu Takdir Tercipta itu mengalami demam panas selain kekurangan sel darah merah.

Artikel Berkaitan: Kurang Sel Darah Merah, Adira Dikejarkan Ke Hospital

Scroll to Top