Kiah Propa Sebak Suami Luah Perasaan, Ucap Kata Syukur…  – “Ini Adalah Nikmat Allah Yang Tidak Ternilai”

Kiah Propa Sebak Suami Luah Perasaan, Ucap Kata Syukur…  – “Ini Adalah Nikmat Allah Yang Tidak Ternilai”

Pelakon, usahawan dan bekas pengacara, Kiah Propa menitiskan air mata selepas suaminya, Mohamad Nazri Ismail meluahkan perasaan terhadapnya, baru-baru ini.

Menerusi video temu bual bersama sebuah stesen radio, Nazri yang membuat panggilan kepada Kiah dalam keadaan sebak mengucapkan terima kasih kepada isterinya atas kesudiannya berkahwin kembali.

“Saya nak cakap terima kasih banyak-banyak pada awak, terima kasih sebab sudi menerima saya untuk kali kedua.

“Ini adalah nikmat yang tidak ternilai. Dalam keadaan macam ni (sakit), awak terima saya. Semoga Allah balas jasa awak.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan, semoga saya sihat kembali. Kita hidup bahagia. Saya akan kuat untuk awak dan anak-anak,” katanya.

Sementara itu, Kiah turut meminta suaminya untuk mendoakannya sihat dan kuat mengharungi takdir Allah yang indah itu.

“Doakan saya sihat untuk jalani semua. Saya minta satu saja, awak kena kuat. Apa pun yang datang ini semua dari Allah SWT kita adalah hambaNya,” katanya lagi.

@era.je

Sebak satu studio tadi bila suami Kak Kiah call luahkan perasaan dan penghargaan dia untuk Kak Kiah. Besar pengorbanan Kak Kiah dalam menjaga suaminya yang menghadap kanser dan kami doakan pasangan ini tabah dalam menjalani ujian hidup. 😭 #sharERA #ERARadioNo1PalingLegit #3PAGIERA #fyp

♬ original sound – ERA – ERA

Selepas lapan tahun selesa membawa ‘title’ solo, Kiah dan Nazri akhirnya sah menjadi pasangan suami isteri dengan menerima mas kahwin sebanyak RM300 pada 18 November lalu.

Sebelum ini, Kiah Propa menerusi hantaran di platform sama mengaku, dia menerima kembali suaminya itu dek kerana mahu menjaganya memandangkan Nazri kini sedang menderita sakit kanser.

Artikel Berkaitan: Selepas 8 Tahun Berpisah, Kiah Propa & Bekas Suami Kahwin Semula – “Permintaan Dia Sebelum Menutup Mata”

Scroll to Top