am@hmetro.com.my
Kuala Terengganu: Kemaman menjadi daerah pertama di Terengganu dilanda banjir gelombang kedua apabila 739 mangsa daripada 189 keluarga dipindahkan ke lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sehingga jam 8 pagi ini.
Menurut, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, lapan PPS di buka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Kerteh, menempatkan 19 mangsa daripada empat keluarga.
Manakala di Balai Raya JPKK Beris Nenas, seramai 67 mangsa daripada 15 keluarga
ditempatkan di lokasi berkenaan.
Lapan mangsa daripada satu keluarga pula berlindung di PPS Balai Raya Kampung Gelugor.
Sementara itu, PPS SK Pengkalan Ranggon pula menempatkan 55 mangsa daripada 15 keluarga, manakala di SK Kemasik, seramai 264 mangsa daripada 76 keluarga dipindahkan ke PPS berkenaan.
Seramai 149 mangsa daripada 34 keluarga turut berpindah ke Dewan Sivik Cicar Bukit Kuang, manakala di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Banggol menempatkan 79 mangsa daripada 20 keluarga.
Di Balai Raya JPKK Meraga Beris pula menempatkan 98 mangsa daripada 20 keluarga.
Untuk rekod Terengganu pulih sepenuhnya daripada banjir pada Jumaat lalu selepas lima mangsa daripada satu keluarga di Setiu pulang ke kediaman mereka.
Ia selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir iaitu Sekolah Kebangsaan Rhu 10 yang dibuka pada Sabtu lalu ditutup.
Berdasarkan JPBN Terengganu, banjir yang melanda Terengganu sejak 19 November lalu menyebabkan kesemua lapan daerah di negeri ini terjejas.
Ia menyaksikan lebih 40,000 mangsa dipindahkan ke 123 PPS dengan Besut merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu lebih 20,000 orang.
© New Straits Times Press (M) Bhd

