Jenazah Anak Beku 16 Hari, Bapa Tak Cukup Duit Bayar Hospital Swasta Tampil Dedah Kronologi – “Doktor Itu Hina Isteri Saya Lahirkan Anak Cacat…”

Jenazah Anak Beku 16 Hari, Bapa Tak Cukup Duit Bayar Hospital Swasta Tampil Dedah Kronologi – “Doktor Itu Hina Isteri Saya Lahirkan Anak Cacat…”

Kisah seorang bapa yang tidak dapat mengambil jenazah anaknya kerana tiada kemampuan melunaskan bil bayaran bersalin di sebuah hospital swasta telah merobek hati masyarakat.

Lebih menyedihkan, jenazah bayi yang dilahirkan tidak cukup sifat itu didakwa telah dibekukan selama 16 hari sehingga menyukarkan proses pengurusan pengebumian.

Susulan itu, menerusi laman facebook pihak pengurusan jenazah Mr Wan Chai Official, bapa bayi tersebut tampil berkongsi kronologi bagaimana perkara tersebut terjadi.

Pada awalnya, si bapa memaklumkan isterinya di bawa ke hospital tersebut oleh rakannya, dan ketika di sana pihak hospital memaklumkan bahawa dia boleh membayar kos selepas isterinya selamat bersalin.

Pihak bapa juga berkata dia ada perancangan untuk membawa isterinya ke hospital lain namun terpaksa dibatalkan memandangkan bukaan sudah mencecah 5 cm.

Namun begitu, setelah 30 minit isterinya bertarung nyawa doktor hospital tersebut memberitahu berlaku komplikasi ketika cubaan melahirkan anak sehingga memerlukan doktor pakar dan kos tinggi.

“Doktor terus tanya ada duit atau tidak saya cakap belum. Saya ke wad jumpa isteri tanya macam mana, dalam 5 minit doktor tadi datang cakap bayi nadi dah mula rendah dan kritikal. Dia cakap biarlah anak itu pergi dengan tenang.

“Saya tengok anak saya dan azankan. Sepanjang saya azankan anak saya sangat aktif. Lepas tu saya keluar ke wad, tak sampai 10 minit doktor itu beritahu anak saya dah tak ada,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, pihak bapa berkata kos untuk mengeluarkan jenazah anaknya daripada hospital tersebut berjumlah RM3,000, namun dek masalah kewangan dia tidak dibenarkan untuk membawa pulang anaknya kerana perlu melangsaikan pembayaran.

Sepanjang dua minggu tersebut, si bapa menjelaskan dia berusaha untuk mencari duit bagi mengeluarkan anaknya dari hospital tersebut, namun keadaan menjadi lebih kritikal doktor tersebut telah didakwa menghina isterinya melahirkan seorang anak tidak sempurna.

“Setiap hari saya usaha cari duit, telefon kenalan dan ahli keluarga tapi tak ramai yang dapat tolong. Pada hari ketiga isteri saya ditahan doktor yang merupakan pemilik hospital itu jumpa isteri dan hina anak saya.

“Dia kata ‘kau dah lahirkan anak cacat, kau tak reti nak uruskan jenazah anak kau ke?’ Sepanjang di hospital luka jahitan dia tak diperiksa,” tulisnya.

Scroll to Top