Polis mengesahkan menerima lima laporan berhubung dakwaan penipuan pakej pelancongan ke Seoul, Korea Selatan yang dikendalikan oleh pempengaruh popular, Kim Seri.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman mengesahkan perkara tersebut yang kini dijadikan sebagai kes luar kawasan untuk siasatan lanjut.
Semakan dibuat mendapati ada lima laporan polis dibuat (berhubung dakwaan penipuan itu).- Katanya kepada media.
10 mangsa dakwa ditipu RM4,000 seorang

Menurut laporan, seramai 10 individu tampil mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan lima hari ke Korea Selatan. Harga pakej tersebut dianggarkan sekitar RM4,000 setiap seorang.
Kes ini mula mendapat perhatian apabila mangsa membuat laporan polis dan mendakwa Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina, gagal memenuhi janji seperti yang ditawarkan.
BACA: Kim Seri Akhirnya Tampil Beri Penjelasan Selepas Kecoh Khidmat Pelancongan Gagal
Kim Seri mohon maaf, beri jaminan bayar hutang

Sebelum ini, Kim Seri mencuri perhatian ramai selepas isu tunggakan hutang syarikatnya tular. Dia telah memohon maaf secara terbuka dan berjanji akan melunaskan bayaran tertunggak kepada pelanggannya dalam tempoh dua bulan.
Namun, insiden terbaru ini memburukkan lagi reputasinya apabila ramai menggelarnya sebagai ‘scammer’.





