Kementerian Perpaduan Negara (KPN) siap siaga membantu mangsa banjir dengan mengaktifkan Skuad Ihsan Madani yang dianggotai seramai 80 sukarelawan daripada kalangan pegawai, kakitangan KPN, jabatan dan agensi dibawahnya.

Tidak hanya tertumpu kepada usaha-usaha perpaduan, pasukan ini juga sebagai medium untuk mendekati komuniti secara langsung dan menawarkan bantuan secara cekap serta menyeluruh.

Sebagai simbolik pelancaran inisiatif ini, YB Datuk Aaron telah menyerahkan Kain Rentang Skuad Ihsan MADANI kepada lima orang wakil sukarelawan daripada KPN, jabatan dan agens.
Dengan adanya Skuad Ihsan MADANI KPN semua kementerian, jabaran dan agensi telah mewujudkan Pasuka Sukarelawan yang bersedia untuk diatur gerak dalam misi bantuan pasca banjir, berdasarkan arahan dari penyelaras misi dan phial berkuasa.


![Casemiro sebak, emosi dengan layanan penyokong Man United [VIDEO] Casemiro sebak, emosi dengan layanan penyokong Man United [VIDEO]](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/spo-o-casemiro28_HMfield_image_socialmedia.var_1777389958.jpg)

