Guru wanita ditemukan meninggal dunia

Guru wanita ditemukan meninggal dunia

am@hmetro.com.my

Hulu Selangor: Seorang guru wanita sebuah sekolah di daerah ini ditemukan meninggal dunia, hari ini.

Polis menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita jam 7.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan M Manimaran berkata, kejadian membabitkan seorang wanita berusia lingkungan 30-an.

“Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan sudah meninggal dunia di unit kecemasan hospital.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di bilik guru tingkat satu sekolah terbabit,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Manimaran berkata, bedah siasat ke atas mayat mangsa selesai dijalankan jam 5.30 petang di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor (03-60641222) atau Ketua Polis Balai Kerling, Sarjan Mejar Halim Khan Hazam Khan (03-60481222).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top