LATEST

477 graduan terima pengiktirafan MAIWP

477 graduan terima pengiktirafan MAIWP

KUALA LUMPUR – Seramai 477 graduan daripada 12 program latihan kerjaya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerima pengiktirafan sempena Majlis Graduasi dan Apresiasi Latihan Kerjaya MAIWP kali kelima.Pengerusi MAIWP, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata, program latihan kerjaya yang dilaksanakan dengan kerjasama sembilan agensi dan institusi itu menyediakan peluang kepada golongan asnaf untuk meningkatkan kemahiran serta keupayaan diri bagi membolehkan mereka memperoleh pekerjaan.Menurutnya, pelaksanaan program berkenaan melibatkan peruntukan keseluruhan RM10.67 juta dan sehingga November 2026, seramai 307 graduan berjaya memperoleh pekerjaan di pelbagai syarikat seluruh negara.”Melalui latihan kemahiran seperti ini, golongan asnaf diberi peluang untuk berdikari, menjana pendapatan dan membina kehidupan yang lebih terjamin.”Kerjasama dengan pihak majikan perlu dimulakan sejak peringkat perancangan latihan bagi memastikan kemahiran yang diberikan memenuhi keperluan industri dan membolehkan majikan mengenali potensi peserta sebelum menawarkan pekerjaan,” katanya ketika berucap pada majlis yang berlangsung di Stadium Tasik Titiwangsa pada Sabtu.Manfaat latihan itu turut dirasai penerima Anugerah Pelajar Terbaik, Nur Fikri Alif Abdul Ghani, 27, yang kini bekerja sebagai pengendali kren selepas mengikuti Kursus Operator Mobile Crane selama dua bulan dalam Latihan Kerjaya MAIWP.Nur Fikri berkata, pengiktirafan yang diterima memberikan pengalaman cukup bermakna kerana berpeluang bergraduasi buat pertama kali dalam hidupnya.”Saya rasa terharu sebab dapat membanggakan keluarga. Sepanjang hidup, ini kali pertama saya bergraduasi dan menerima anugerah pelajar terbaik.”Anak dan isteri saya lah pembangkit semangat, mereka sentiasa membuatkan saya terus bersemangat untuk melakukan yang terbaik,” katanya.Tambahnya lagi, sepanjang mengikuti latihan itu, dia bersama peserta lain mempelajari cara pengendalian mesin kren dan menjalani latihan secara berkumpulan bagi memahami bidang yang diceburi.Selain Nur Fikri, seorang lagi penerima Anugerah Pelajar Terbaik, Ayadi Muhajir Khusairi, 30, turut memperoleh manfaat sama menerusi Kursus Fiber Optik yang disertainya.Menurut Ayadi Muhajir, latihan berkenaan membantunya memperoleh kemahiran teknikal dan pengetahuan asas yang diperlukan untuk memasuki alam pekerjaan.”Majikan mendapati saya mempunyai asas yang kukuh selepas mengikuti latihan intensif fiber optik.”Alhamdulillah, selepas tiga bulan bekerja, saya dinaikkan jawatan dan diberi tanggungjawab menguruskan satu kumpulan.”Manfaat yang saya terima bukan sekadar kemahiran pekerjaan, tetapi turut membantu menstabilkan kehidupan keluarga sehingga mampu menjadi pembayar zakat,” katanya.

Latest news