Abang Pogba kena penjara gara-gara ugut adik sendiri

Abang Pogba kena penjara gara-gara ugut adik sendiri

Paris: Enam lelaki, termasuk abang kepada bintang bola sepak Perancis Paul Pogba dijatuhi hukuman penjara antara tiga hingga lapan tahun selepas didapati bersalah selepas melakukan cubaan pemerasan yang mensasarkan pemain itu, lapor media Perancis.

Pada tahun 2022, Paul Pogba mendedahkan bahawa dia menjadi sasaran cubaan pemerasan dan ancaman daripada satu kumpulan jenayah terancang, dengan abangnya, Mathias Pogba, diletakkan di bawah siasatan rasmi.

Pemain berusia 31 tahun itu memberitahu pejabat pendakwaan Paris bahawa dia menjadi sasaran pemerasan oleh rakan-rakan zaman kanak-kanaknya pada Mac 2022 dan sudah membayar 100,000 euro (RM468,000) kepada kumpulan itu.

Mathias Pogba menerima hukuman penjara tiga tahun, dengan dua tahun daripadanya digantung, selepas didapati bersalah atas tuduhan pemerasan terancang dan percubaan pemerasan. Beliau juga dikenakan denda 20,000 euro (RM93,000).

Lima lagi yang terbabit dalam kes itu dikenakan hukuman membabitkan Roushdane K , Boubacar C, Machikour K, Mamadou M dan Adama.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top