Baru-baru ini, tular video temubual menunjukkan sekumpulan gadis menolak lelaki dari Kelantan sebagai pasangan hidup.
Mereka menyatakan faktor seperti dialek dan jarak sebagai alasan utama. Ada juga yang menyebut pengalaman pahit serta terpengaruh dengan cakap-cakap orang.
BACA: Sekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lelaki Kelantan, Ini Rupanya Sebab Utama Mereka
Namun, pempengaruh dan YouTuber terkenal, Ryzal Ibrahim, tidak bersetuju dengan pandangan tersebut.
Menurutnya, pemikiran seperti ini terlalu kolot dan tidak mencerminkan pendidikan tinggi yang sepatutnya mendidik seseorang menggunakan critical thinking dan communication skills.

Dalam nada berseloroh, Ryzal turut menyindir bahawa lelaki Kelantan mungkin lebih sesuai berjodoh dengan wanita dari Korea atau Rusia.
Semoga dimadukan oleh lelaki Kelantan

Ujarnya lagi, jika begini pemikiran seorang graduan generasi Z, adalah lebih baik menggunakan masa belajar untuk berjoget di TikTok je.
Kalau macam ni pemikiran graduan universiti generasi Z, maka joget di Tiktok lebih baik daripada adik habiskan masa di Universiti. Takpelah, kita anggap saja adik-adik ni masih muda dan mentah. Akhir kata, semoga dimadukan oleh lelaki Kelantan.
Namun, suami kepada Maryam Younarae menganggap gadis-gadis ini masih terlalu muda dan mentah untuk menilai kehidupan.
#OhmediaNasihat
Kita tidak sepatutnya menilai seseorang berdasarkan stereotaip atau pengalaman negatif segelintir pihak. Sebagai generasi muda, penting untuk menggunakan ilmu dan kemahiran berfikir kritis sebelum membuat kenyataan. Nilai seseorang berdasarkan keperibadian, bukan hanya latar belakang atau persepsi.





