mahani@bh.com.my
Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan dijalankan secara menyeluruh, telus dan segera susulan tragedi yang mengorbankan tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipercayai terkena renjatan elektrik di Beaufort, Sabah, hari ini.
Katanya, beliau dukacita menerima berita pemergian ketiga-tiga anggota terbabit dan menegaskan langkah penambahbaikan perlu diambil bagi memastikan tragedi seumpama itu tidak berulang.
“Langkah penambahbaikan perlu diambil supaya tragedi seperti ini tidak berulang,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.
Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa serta warga PDRM.
“Jasa dan pengorbanan mereka dalam memelihara keamanan serta keselamatan negara akan sentiasa dikenang,” katanya.
Terdahulu, tiga anggota polis lelaki maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Jalan Weston, Kampung Weston, Beaufort, Sabah.
Tragedi renjatan elektrik: Sabah Electricity akan beri kerjasama penuh
3 anggota polis maut: Galah besi terkena kabel elektrik ketika jolok buah kelapa
Tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik
© New Straits Times Press (M) Bhd




