LATEST

PRN Melaka: PM ucap tahniah kepada BN, ajak semua utamakan kepentingan rakyat

PRN Melaka: PM ucap tahniah kepada BN, ajak semua utamakan kepentingan rakyat

SHA ALAM – Kerajaan Persekutuan akan terus mengukuhkan kerjasama dengan kerajaan negeri Melaka bagi menjamin kepentingan rakyat.Menzahirkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan pada Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN) ke-16, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kini masanya untuk melangkah ke hadapan dengan mengutamakan kepentingan rakyat.”Tahniah kepada Barisan Nasional atas mandat yang diberikan rakyat Melaka, semoga amanah ini digalas dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan negeri dan rakyat.”Penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab demokrasi serta jentera dan semua calon Pakatan Harapan yang telah bekerja keras,” katanya menerusi hantaran di Facebook, pada Sabtu.BN dan Perikatan Nasional (PN) menguasai 24 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berdasarkan keputusan rasmi yang disiarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).BN yang dipimpin Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menguasai 21 kerusi, manakala PN di bawah Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, memperoleh tiga kerusi. 

Latest news