LATEST

PH rakam penghargaan kepada pengundi, rakyat Melaka

PH rakam penghargaan kepada pengundi, rakyat Melaka

essabuyamin@bh.com.my

Baca juga: MBPP tutup 10 premis tanpa lesen dikendali warga asing

Kuala Lumpur: Pakatan Harapan (PH) merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Melaka atas sokongan, kepercayaan serta sambutan diberikan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

PH menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, setiap pertemuan, teguran, pandangan dan sokongan rakyat negeri itu, adalah amat bermakna.

“Segala suara rakyat akan terus menjadi panduan dalam usaha membina Melaka yang lebih maju, adil dan sejahtera.

“Perjuangan untuk rakyat tidak terhenti selepas pilihan raya. Amanah ini akan terus dipikul dengan penuh tanggungjawab.

“Melaka Rumah Kita. Masa Depan Kita, Tanggungjawab Bersama,” kata parti itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news