MELAKA: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mendakwa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong berjaya memecah rekod apabila memperoleh majoriti sebanyak 10,067 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Baca juga: Harimau kumbang ceroboh kebun durian masuk perangkap
Majoriti itu jauh lebih tinggi berbanding kemenangan dengan majoriti tipis sebanyak 200 undi oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15, lima tahun lalu.
Pada PRN Melaka kali ini, Mohd Noor Helmy menang dengan 15,064 undi, meninggalkan pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH) iaitu Poo Long Suan yang memperoleh 4,997 undi.
© New Straits Times Press (M) Bhd