LATEST

Lapan regu buru tiket separuh akhir

Lapan regu buru tiket separuh akhir

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Baca juga: Peniaga kedai makan cemas ular tedung muncul di dapur dinaiki air

Serdang: Persaingan Liga Takraw Nasional Mekdi 2026 Zon Tengah-Selatan semakin sengit apabila lapan regu mengesahkan tempat ke suku akhir selepas melepasi cabaran pusingan 16 terbaik di Akademi Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini.

Kejayaan itu menyaksikan MBPG, Warisan A, KV Johor, SSMT JR C, KST Naga Rimba, New Impact B, Warisan B dan Warisan C terus menghidupkan peluang untuk memburu gelaran juara zon berkenaan.

MBPG antara regu yang mencuri tumpuan apabila berjaya menyingkirkan THO menerusi kemenangan tiga set 15-13, 7-15, 15-7 dalam aksi sengit yang menyaksikan kedua-dua regu saling memberikan tentangan.

Warisan A pula tidak berdepan masalah besar untuk melangkah ke kelompok lapan terbaik apabila menundukkan Titi Boys 15-12, 15-7, manakala KV Johor turut mencatat kemenangan selepas mengatasi New Impact 15-7, 15-17, 17-16.

SSMT JR C turut meneruskan kemaraan apabila mempamerkan aksi meyakinkan untuk menewaskan SMK Seri Mahkota 15-6, 15-8, sekali gus memastikan tempat dalam saingan suku akhir.

KST Naga Rimba pula perlu bekerja keras sebelum menyingkirkan SSMT JR A dalam pertarungan tiga set 15-9, 10-15, 15-11.

Sementara itu, New Impact B tidak memberi ruang kepada Titi Bolt Takraw apabila meraih kemenangan straight set 15-12, 15-12 untuk meneruskan cabaran dalam kejohanan berkenaan.

Warisan B turut mengesahkan kemaraan selepas menewaskan SSMT JR B 15-7, 15-12, manakala Warisan C melengkapkan senarai lapan pasukan terbaik dengan kemenangan 15-12, 15-10 ke atas SSBJ Raven/Tatar.

Kesemua regu yang mara kini pastinya mahu memanfaatkan peluang dalam saingan suku akhir bagi meneruskan perjalanan ke pentas separuh akhir, sekali gus menghampiri impian menjulang kejuaraan Zon Tengah/Selatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news