Boleh tukar perlawanan atau dapat bayaran balik tiket

Boleh tukar perlawanan atau dapat bayaran balik tiket

KUALA LUMPUR – Para penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang telah membeli tiket untuk perlawanan pembukaan Liga Super Malaysia dan Piala Sumbangsih yang dibatalkan antara Harimau Selatan dan Selangor FC pada 10 Mei 2024 boleh memilih sama ada mendapatkan pertukaran untuk salah satu daripada dua perlawanan liga di laman kami sendiri yang seterusnya … Read more

Tiket licin dalam sejam, konsert Siti ditambah satu malam lagi

Tiket licin dalam sejam, konsert Siti ditambah satu malam lagi

KUALA LUMPUR – Tiket Konsert Cinta Di Awan yang laris dalam tempoh kurang sejam ditambah satu malam lagi di Arena of Stars, Genting Highlands pada 11 Ogos depan. Pengumuman itu dibuat penganjur, Resort World Genting menerusi perkongsian dalam Instagram (IG) hari ini. “Perhatian kepada semua Sitizoners!! Berita baik untuk semua. Oleh sebab sambutan yang hangat, … Read more

MAIWP taja tiket bas, kapal terbang 10,000 pelajar pulang beraya di kampung

MAIWP taja tiket bas, kapal terbang 10,000 pelajar pulang beraya di kampung

KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini lebih bermakna buat 10,000 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Lembah Kelang apabila Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menaja tiket bas dan kapal terbang untuk mereka pulang ke kampung. Pelajar dari lapan buah universiti awam dan swasta terpilih turut menerima wang saku sebanyak RM100 yang … Read more

Jualan tiket ETS KTMB Aidilfitri: Lebih 80 peratus telah dijual

Jualan tiket ETS KTMB Aidilfitri: Lebih 80 peratus telah dijual

KUALA LUMPUR – Lebih 80 peratus daripada 119,880 tiket perkhidmatan tren elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang ditawarkan bagi tempoh perjalanan Aidilfitri dari 1 hingga 15 April, telah terjual setakat pagi tadi. Ketua Pegawai Korporat KTMB, Suhaimi Yaacob berkata, bagi tiket ETS tambahan pula, sebanyak 37 peratus daripada keseluruhan 15,120 tiket yang ditawarkan … Read more

Daneshen raih perak di Dubai, sahkan tiket ke Paralimpik Paris

Daneshen raih perak di Dubai, sahkan tiket ke Paralimpik Paris

ATLET memanah para negara, G Daneshen berjaya melayakkan diri ke Sukan Paralimpik Paris 2024, selepas meraih perak acara compound lelaki pada Kejohanan Ranking Dunia Memanah Para Fazza kelapan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam. Atlet berusia 26 tahun itu, muncul naib juara selepas tewas 133-143 kepada pemanah Austria, Michael Meier pada final kategori kelayakan … Read more

Lanjutkan pemberian subsidi tiket penerbangan kepada tujuh hari

Lanjutkan pemberian subsidi tiket penerbangan kepada tujuh hari

KOTA KINABALU: Kementerian Pengangkutan diminta untuk melanjutkan tempoh pemberian subsidi tiket penerbangan daripada tiga hari kepada tujuh hari sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir berkata, tambahan hari itu akan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Sabah pulang berhari raya bersama keluarga. “Namun, apa yang menjadi perhatian saya adalah bagaimana mekanisme… … Read more

Skuad memanah para intai dua tiket ke Paris menerusi Fazza Dubai

Skuad memanah para intai dua tiket ke Paris menerusi Fazza Dubai

Wiro Julin dan Daneshen menjadi sandaran pada Kejohanan Ranking Dunia Memanah Para Fazza kelapan bermula 2-7 Mac ini di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Gambar Bernama SKUAD memanah para negara bertekad untuk membidik dua slot kelayakan tambahan ke Sukan Paralimpik Paris 2024, pada kejohanan kelayakan terakhir – Kejohanan Ranking Dunia Memanah Para Fazza kelapan bermula 2-7 … Read more