LATEST

Anak Bella Astilla ada bakat bola sepak

Anak Bella Astilla ada bakat bola sepak

firdaushashim@hmetro.com.my

Baca juga: Seixas belum puas, sasar lebih banyak kejayaan

Klang: Siapa sangka, anak sulung selebriti terkenal, Bella Astillah, Mohamad Ayden Adrean turut memiliki bakat dalam sukan bola sepak apabila mempamerkan aksi lincah bersama pasukannya pada Kejohanan Anfield Harga Rahmah 2026, di sini, hari ini.

Ayden yang beraksi bersama JFA Malaysia (JFAM) Bawah 10 (B-10) tahun diberi tanggungjawab menggalas tugas sebagai penyerang dan berjaya mencuri perhatian menerusi kepantasan larian serta kemahiran menggelecek bola.

Malah, dalam aksi ketiga peringkat kumpulan menyaksikan Ayden diberi peranan selaku ketua pasukan.

Walaupun tidak berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol, aksi bersahaja Ayden di atas padang jelas memperlihatkan minatnya terhadap sukan bola sepak, sekali gus menarik perhatian penonton yang menyaksikan kejohanan berkenaan.

Dalam saingan itu, JFAM menamatkan kempen Kumpulan A di kedudukan ketiga selepas merekodkan satu kemenangan, satu keputusan seri dan dua kekalahan.

Turut mencuri perhatian apabila Bella hadir memberikan sokongan penuh kepada anak sulungnya sepanjang kejohanan berlangsung.

Pelakon dan penyanyi itu dilihat tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat serta motivasi kepada Ayden dan rakan sepasukannya, sekali gus menunjukkan sokongan terhadap minat anaknya dalam sukan bola sepak.

Menariknya, Bella yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, turut tidak lokek meluangkan masa melayan peminat yang hadir untuk bergambar kenangan bersamanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news