LATEST
Social Media

KSN cipta sejarah! Jadi graduan pertama UTM peroleh DBA menerusi APEL.Q

KSN cipta sejarah! Jadi graduan pertama UTM peroleh DBA menerusi APEL.Q

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri Abu Bakar mencipta sejarah apabila menjadi graduan pertama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memperoleh Ijazah Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) menerusi laluan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi Tujuan Penganugerahan Kelayakan (APEL.Q).

Difahamkan, beliau menerima ijazah berkenaan pada Majlis Konvokesyen UTM Ke-70 selepas menamatkan pengajian di Azman Hashim International Business School (AHIBS), UTM.

Baca juga: Hishammuddin tegaskan institusi diraja bukan bahan politik -“Jangan sentuh raja kita!”

Manfaatkan pengalaman 30 tahun dalam perkhidmatan awam untuk penyelidikan

Menariknya, beliau telah memanfaatkan pengalaman lebih tiga dekad dalam perkhidmatan awam untuk mengkaji pelaksanaan agenda reformasi kerajaan di peringkat agensi.

Difahamkan, laluan APEL.Q ini diperkenalkan bertujuan untuk membolehkan calon membuktikan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh sepanjang kerjaya menerusi penilaian berdasarkan standard kelayakan akademik yang dipohon.

Shamsul Azri memulakan pengajian pada semester Oktober 2024 dengan melengkapkan portfolio serta menjalani lawatan pengesahan di lapangan.

Beliau kemudiannya lulus ujian cabaran pada semester Mac 2025 sebelum meneruskan penyelidikan dan menyediakan disertasi.

Sepanjang pengajian, beliau turut mengikuti empat kursus berpandu meliputi penyelidikan perniagaan lanjutan, amalan penyelidikan dan kelestarian perniagaan.

Beliau berjaya memperoleh gred A serta penilaian Merit dalam viva voce pada 30 Ogos lalu selepas melalui beberapa peringkat penilaian dan pembentangan penyelidikan.

Menurutnya, antara cabaran terbesar sepanjang pengajian ialah membahagikan masa antara tanggungjawab sebagai KSN dengan komitmen akademik.

Walau bagaimanapun, beliau tetap menghadiri kelas, sesi penyeliaan dan mengikuti rakaman kuliah apabila berkesempatan.

Kajian tumpu tentang penilaian dan pengesahan model ARPA

Difahamkan, kajian yang dilakukan telah memberi tumpuan kepada penilaian dan pengesahan model Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) di Malaysia, dengan mengambil kira pengalaman beliau berkhidmat di Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam serta pentadbiran negeri.

Hasil penyelidikan itu turut menghasilkan satu set panduan dan alat pelaksanaan ARPA yang boleh dimanfaatkan agensi kerajaan untuk merancang perubahan, menilai kemajuan serta menyesuaikan pelaksanaan berdasarkan keperluan masing-masing.

Pencapaian Shamsul Azri ini sekali gus memperlihatkan bagaimana pengalaman profesional yang dikumpulkan sepanjang kerjaya boleh diteruskan ke peringkat akademik dan dimanfaatkan untuk menghasilkan kajian yang memberi nilai kepada sektor perkhidmatan awam.

More in Social Media

View all

Latest news