LATEST

[TIDAK RASMI] Setiausaha Politik PM tewas di DUN Paya Rumput

[TIDAK RASMI] Setiausaha Politik PM tewas di DUN Paya Rumput

adibpovera@nst.com.my

Baca juga: “Selamanya anak kampung” -Akmal Saleh terima keputusan PRN Melaka dengan hati terbuka

Melaka: Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin tewas dalam perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, menurut keputusan tidak rasmi.

Perkembangan itu susulan pengumuman Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang memaklumkan bahawa Perikatan Nasional (PN) memperoleh kemenangan secara majoriti mudah (first-past-the-post) di kawasan berkenaan.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PN, Rafie Ahmad menang dengan majoriti 6,008 undi selepas meraih 15,577 undi.

Azman memperoleh 9,569 undi, manakala calon BERSAMA, Abdul Rashid Abu Bakar mendapat 1,011 undi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news