Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh menerima keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan hati terbuka selepas warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau membuat pilihan masing-masing menerusi peti undi hari ini.
Tak kecil hati dengan apa pun keputusan
Menerusi satu kenyataan, beliau berkata tiada sebab untuk berasa kecil hati terhadap mana-mana pengundi kerana keputusan tersebut merupakan hak dan suara rakyat yang perlu dihormati.
Baca juga: UMT terajui projek antarabangsa ‘sustainablue’, perkasa ekonomi biru mampan di Malaysia,Indonesia
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua warga Merlimau yang keluar mengundi serta menggunakan hak masing-masing dalam menentukan pilihan mereka.
“Hari ini, warga Merlimau telah bersuara di peti undi. Saya menghormati pilihan yang telah anda buat.
Saya terima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Tiada sedikit pun rasa kecil hati terhadap mana-mana warga Merlimau, apa pun pilihan anda.
Terima kasih kepada semua yang keluar mengundi dan menyuarakan pilihan masing-masing. Keputusan ini saya terima dan saya akur.
Menang kalah itu adalah suara dan keputusan warga dun Merlimau
Selamanya anak kampung,” ujarnya.
Setakat ini pukul 7 malam tadi, beliau yang bertanding di DUN Merlimau dilihat mendahului pencabar dari Pakatan Harapan, Rahayu Hamzah.
Walau bagaimanapun, keputusan rasmi untuk PRN Melaka ini masih lagi belum didedahkan dan akan diketahui tidak lama lagi.
Sumber: Facebok Akmal Saleh