LATEST

[KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: Adly tewas di Bukit Katil, PH kehilangan satu kerusi

[KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: Adly tewas di Bukit Katil, PH kehilangan satu kerusi

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) kehilangan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka apabila Parti Amanah Negara (Amanah) gagal mempertahankan kerusi Bukit Katil yang dimenanginya pada pilihan raya sebelum ini.Penyandang kerusi berkenaan, Adly Zahari yang juga Pengerusi PH Melaka, memperoleh 8,382 undi berdasarkan keputusan semasa setakat jam 9 malam.Beliau tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Ridzuan Sari yang meraih 14,815 undi.Dalam perkembangan sama, DAP berjaya mengekalkan empat kerusi yang dimenanginya pada PRN terdahulu iaitu Ayer Keroh menerusi Kerk Chee Yee, Kesidang (Allex Seah Shoo Chin), Kota Laksamana (Low Chee Leong) dan Bandar Hilir (Leng Chau Yen).Sementara itu, kesemua sembilan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding di bawah tiket PH turut gagal memenangi sebarang kerusi pada PRN kali ini.

Latest news