LATEST
National

PRN Melaka: SPR umum BN-PN menang 24 kerusi, PH 4 DUN

PRN Melaka: SPR umum BN-PN menang 24 kerusi, PH 4 DUN

AYER KEROH: Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) secara rasmi menang 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Baca juga: DUN Duyong pecah rekod peroleh majoriti 10,067 undi

Pengumuman rasmi itu dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun dalam sidang media SPR di Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka, di sini

“Sehingga 11:15 malam, 14 November 2026, berikut keputusan penuh Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Melaka ke-16 yang dijalankan dengan bebas, adil dan telus.

“Barisan Nasional (21), Pakatan Harapan (4), Perikatan Nasional (3),” katanya pada satu sidang media di sini, hari ini.

Ramlan berkata, pada PRN Melaka kali ini, seramai 493,573 orang atau 71.77% pemilih keluar mengundi.

Katanya, jumlah itu meliputi jumlah pengundi awal, pengundi pos dan pengundi biasa.

PRN Melaka ke-16 merekodkan BN berjaya merampas satu kerusi DUN Pakatan Harapan (PH), iaitu daripada Bukit Katil (AMANAH) yang ditandingi Adly Zahari.

Bagaimanapun kerusi DUN Ayer Keroh (DAP), Kesidang (DAP), Kota Laksamana (DAP) dan Bandar Hilir (DAP) kekal sebagai status quo kemenangan parti itu.

BN turut menang dua kerusi DUN bersama PN menerusi DUN Paya Rumput (PAS) dan Bemban (PAS).

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news