Selebriti popular, Along Cham, kini berdepan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun serta sebatan sekurang-kurangnya 10 kali jika sabit kesalahan.
Pelakon dan pelawak itu ditahan kerana memiliki dadah jenis ganja seberat 58.23 gram pada Sabtu lalu. Walaupun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang pagi tadi, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 41, tidak dibenarkan diikat jamin oleh hakim Amir Affendy Hamzah.
Rayuan penuh emosi dalam mahkamah…

Dalam prosiding tersebut, Along membuat rayuan dengan alasan perlu menjaga anaknya yang masih bersekolah.
Tolonglah, saya merayu dilepaskan dengan jaminan. Saya ada anak nak sekolah.- Katanya penuh emosi.
Namun, mahkamah tetap bertegas kerana kes ini termasuk dalam kategori yang tidak membenarkan jaminan berdasarkan peruntukan undang-undang.
Masih menunggu serahan laporan kimia
BACA: Along Cham Mengaku Tidak Bersalah, Didakwa Miliki 58.23 Gram Ganja
Pihak mahkamah telah menetapkan tarikh 27 Januari tahun depan untuk prosiding serahan laporan kimia.
Difahamkan, keputusan ini mengejutkan Along dan keluarganya yang telah melantik peguam untuk mewakilinya.
#OhmediaNasihat
Dadah bukan sahaja merosakkan masa depan individu, malah turut memberi kesan buruk kepada keluarga. Sentiasa jauhi perkara terlarang ini dan pilih jalan hidup yang lebih baik.
Jika menghadapi tekanan atau masalah, dapatkan bantuan dan sokongan dari pihak yang boleh dipercayai.





