Catcha Digital Berhad (Catcha Digital) kini memperkukuh pengaruhnya dalam dunia digital dengan mengambil alih 60% pegangan dalam Drive 2 Digital Sdn Bhd (D2D) dengan nilai RM16.2 juta. Pembayaran akan dilakukan secara ansuran dalam tempoh 24 bulan bergantung kepada pencapaian keuntungan selepas cukai (PAT).
Siapa D2D?





Ditubuhkan pada tahun 2018 oleh Dannis Tan Boon Fhong dan Jackie Wong Yong Wee, D2D merupakan syarikat media automotif digital terkemuka di Malaysia. Mereka menguruskan jenama terkenal seperti Automachi, Auto123, Careta, dan Mekanika. Rangkaian D2D ini mencatatkan capaian bulanan yang luar biasa:
• 10 juta lawatan web
• 32 juta reach di Facebook
• 45 juta tontonan video di platform seperti Instagram, TikTok, dan YouTube.
Jumlah capaian ini menambah kekuatan Catcha Digital yang sedia ada, dengan capaian bulanan sebanyak 20 juta di semua saluran media sosialnya.
Perkongsian strategik yang mantap

Pengerusi Catcha Digital, Patrick Grove, yakin bahawa gabungan kepakaran D2D dan iMedia akan membuka peluang besar di pasaran automotif digital. Beliau berkata:
“D2D telah membina prestasi yang mengagumkan dalam kandungan automotif Cina dan Melayu serta mempunyai hubungan yang kukuh dengan jenama terkenal seperti Mercedes-Benz, Mazda, Toyota, Honda, BYD, Continental dan Michelin.
Ketua Pegawai Eksekutif D2D, Dannis Tan, turut menyambut baik kerjasama ini, mengatakan ia dapat mempercepatkan rancangan pertumbuhan syarikat untuk masa depan yang lebih cerah.
#OhmediaNasihat
Pengambilalihan seperti ini membuktikan betapa pentingnya kepakaran dan hubungan strategik dalam dunia digital. Untuk berjaya, perniagaan perlu bersedia berkembang dengan bekerjasama dan memanfaatkan teknologi terkini. Apa sahaja industri anda, teruslah mencari peluang untuk menambah nilai dan mencipta kesan!
Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Catcha Digital




