LONDON: Barcelona adalah kelab paling bernilai di dunia buat pertama kali – pada nilai 3.46 bilion pound (RM19.64 bilion).
Gergasi Nou Camp itu memintas seteru La Liga Real Madrid selepas lima tahun berturut-turut berada di tangga kedua.
Kedua-dua kelab Sepanyol itu mencatat pendapatan 576 juta pound (RM3.27 bilion) tahun lalu dan nilai hutang pada enam peratus.
Raja Eropah Bayern Munich naik satu anak tangga ke tempat ketiga manakala kelab Inggeris Manchester United melonjak dari tangga keenam ke tangga keempat.
Dalam tempoh 16 tahun sebelum ini, Real Madrid dan United menguasai takhta sebagai kelab paling bernilai.
Kelab Inggeris lain yang turut berada dalam kelompok 10 teratas adalah Liverpool, Manchester City, Chelsea, Arsenal dan Spurs.
Peratus hutang tertinggi pula dicatat Roma pada 56 peratus dengan Tottenham di tempat kedua pada 39 peratus. – AGENSI
© New Straits Times Press (M) Bhd



