[VIDEO] Syed Saddiq Puji Bella Astillah Seorang Yang Terlalu Memaafkan & Comel

[VIDEO] Syed Saddiq Puji Bella Astillah Seorang Yang Terlalu Memaafkan & Comel

Kemesraan antara pelakon, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sering kali menjadi sorotan netizen.

Lebih-lebih lagi apabila banyak video memaparkan keakraban mereka tular di aplikasi TikTok, sejak kebelakangan ini.

Menerusi salah satu video tersebut, Syed Saddiq atau nama lengkapnya Syed Saddiq Syed Abd Rahman Al-Sagoff, 32, memuji Bella seorang wanita yang comel.

“Bella ini comel. Saya tak tahu apa pil dia makan,” katanya yang mula akrab dengan selebriti itu selepas bekerjasama dalam menjayakan kempen baju raya sempena Aidilfitri tahun hadapan.

@stylefashionpv

YB suka sakat Bella 🫠Belakang Bella bukan main YB puji, depan depan malu pulak nak puji 🤭 maknanya apa gais 😝

♬ original sound – stylefashionpv – stylefashionpv

Sementara itu, berdasarkan video lain, Saddiq turut menyifatkan bekas isteri kepada aktor sensasi, Aliff Aziz ini seorang yang mudah memaafkan.

“Paling saya judge sekali, Bella ni superpower dia atau evilpower dia terlalu memaafkan. Tapi proses memaafkan itu adalah proses dimana saya selalu judge dia juga lah,” ujarnya.

@syamsmli014

ye terlalu memaafkn sampaii tak sedar hati sndiri terluka 🥹 #bellaastillah #syedsaddiq #artismalaysia #fyp #foryoupage #viralvideo

♬ original sound – Bella Astillah – Bella Astillah

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen seakan ‘merestui’ sekiranya hubungan yang terjalin antara mereka itu di bawa ke fasa yang lebih jauh.

Artikel Berkaitan: Bella Astillah Beraya Di Rumah Syed Saddiq, Netizen Komen: “Muka Ada Iras Selalunya…”

Scroll to Top