Tiada apa yang dapat menandingi air tangan insan tersayang. Hidangan yang disediakan pastinya dimasak penuh kecintaan dengan menggunakan bahan yang terbaik dan bermutu.
Sejak lebih 50 tahun, jenama MAGGI menjadi pelengkap kepada hidangan enak rakyat Malaysia.
Sinonim dengan mi segera dua minit, jenama MAGGI turut melengkapi hidangan dengan pelbagai pilihan sos dan perasa.
Kini, jenama MAGGI bukan sekadar bahan masakan, ia juga menjadi simbol kepada kepelbagaian budaya di Malaysia serta menghubungkan tradisi dan rasa.
MAGGI dan rasa karinya yang unik masih kekal menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Dari meja makan keluarga hingga ke restoran mamak, mi segera MAGGI menjadi makanan yang disukai dan mudah disediakan sehingga menjadikannya pilihan utama di seluruh negara.
Bukan hanya mudah disediakan, malah ia melambangkan warisan gastronomi Malaysia.
Teknik memasak tradisional seperti ‘pecah minyak’ tetap dipelihara, meskipun dengan inovasi moden yang membolehkan hidangan ini disiapkan dalam masa hanya dua minit.
Sebagai tonggak landskap kulinari Malaysia, rangkaian MAGGI Kari terus menjadi sumber kebanggaan nasional.
Jenama MAGGI turut menawarkan pilihan mi segera yang mudah disediakan seperti cawan dan mangkuk segera, memastikan ia mudah diakses sambil memenuhi gaya hidup pantas masa kini.
Memacu inovasi kulinari lebih 50 tahun

Setiap pek MAGGI® dihasilkan dengan teliti, memastikan kualiti terbaik untuk rakyat Malaysia. Foto – MAGGI®
Selama lebih setengah abad beroperasi bersama 100 peratus tenaga kerja tempatan, MAGGI sentiasa merevolusikan cara rakyat Malaysia memasak dan menikmati makanan.
Mi segera dua minit MAGGI adalah mi segera pertama yang diperkenalkan di Malaysia dan kini menjadi hidangan budaya yang cepat, lazat serta memuaskan bagi setiap lapisan masyarakat di negara ini.
MAGGI juga berusaha untuk menyediakan hidangan yang bukan sahaja cepat dan mudah disediakan, tetapi juga memenuhi selera tempatan dengan menawarkan pelbagai perisa dalam rangkaian MAGGI Mi 2-Minit, seperti Tom Yum, Ayam dan Pedas Giler yang persis masakan rumah.
Selain itu, MAGGI turut melengkapi hidangan rakyat Malaysia dengan sos cili dan sos tomato yang menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi dan premium.
Ia produk pertama yang diperkenalkan MAGGI sewaktu jenama ini baru bertapak di Malaysia.
Sos cili keluaran MAGGI dihasilkan dengan cili yang dipetik segar dari ladang di bawah program Nestlé Chili Club yang ditubuhkan pada 1995 sebagai suatu inisiatif membantu petani cili tempatan melalui amalan sumber yang mampan.
Melalui inisiatif ini, MAGGI bukan sahaja menjamin kualiti produk tetapi juga meningkatkan kualiti hidup petani, termasuk mereka daripada komuniti B40.

Program Mentor Wanita Cukup Berani, membuka peluang kepada wanita untuk meningkatkan kemahiran sambil membina keyakinan diri. Foto – MAGGI®
MAGGI juga komited untuk memupuk hubungan yang erat dengan masyarakat tempatan melalui Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI dan Program Mentor Wanita Cukup Berani bagi memberi peluang kepada pelajar dan wanita untuk menambah baik kemahiran kulinari mereka. Program Mentor Wanita Cukup Berani juga membantu wanita meningkatkan keyakinan mereka dengan mengatasi cabaran memasak yang memerlukan kemahiran dan kreativiti.

Pertandingan MSSCC, memupuk bakat muda dalam seni masakan tradisional sambil mengekalkan cita rasa Malaysia. Foto – MAGGI®
Selain itu, pengenalan mangkuk kertas tempatan menjadi bukti kepada usaha MAGGI dalam mengurangkan sisa plastik selaras dengan komitmen mereka terhadap kelestarian alam.
Di saat rakyat Malaysia menikmati hidangan lazat yang dilengkapi oleh MAGGI, mereka bukan sahaja menikmati makanan tetapi juga menjadi sebahagian daripada pengalaman yang menghubungkan generasi yang memperkukuh kebanggaan budaya selain mencerminkan nilai-nilai jenama.

MAGGI® adalah rasa keselesaan dan kemudahan yang sesuai gaya hidup sibuk anda. Foto – MAGGI®
Jangan lepaskan peluang untuk meraikan keunikan rasa dan tradisi Malaysia bersama MAGGI dengan mencuba pelbagai produk baru mereka seperti MAGGI Kari Kaw, rangkaian SYIOK serta perasa Kari yang kini boleh didapati dalam bentuk kiub.
Pilihan-pilihan baru ini pastinya akan menonjolkan lagi komitmen MAGGI terhadap inovasi sambil mengekalkan rasa asli.
Bersama-sama kita memelihara warisan masakan Malaysia sambil menikmati kemudahan dunia moden.
© New Straits Times Press (M) Bhd
