Meniti hari memasuki ambang tahun baharu, pelakon, Adam Lee mengalami kecederaan pada bahagian leher sehingga terpaksa menerima rawatan.
Berita tersebut dikongsikan oleh Adam menerusi satu hantaran di Instagram (IG) miliknya reda dengan ujian tersebut.
Dalam masa sama, suami kepada aktres Sweet Qismina itu berpegang kepada pesanan ibunya untuk terus kuat.
“Tulang leher patah pula. Tidak mengapa semoga tahun 2025 akan lebih baik dari tahun ini.
“Get well soon dear self. Ingat pesan ibu, kau kuat dam and kau kena kuat.
“Ini bukan lakonan, ini kejadian sebenar,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti mendoakan agar Adam segera sembuh.
Adam turut sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya.





