Jualan Nismilan Prihatin akan diteruskan

Jualan Nismilan Prihatin akan diteruskan

am@hmetro.com.my

Seremban: Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin yang menawarkan pelbagai barangan asas pada harga lebih rendah akan diteruskan tahun hadapan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, program ini mendapat sambutan menggalakkan kerana barangan keperluan asas dijual pada harga sehingga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.

“Kerajaan negeri mengambil cakna akan suara keluh kesah rakyat berkaitan kos sara hidup.

“Justeru itu, kita bersetuju meneruskan Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin ini di setiap kawasan DUN dengan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi menjayakannya pada tahun hadapan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, program itu mendapat kerjasama agensi seperti Jabatan Pertanian Negeri Sembilan dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).

“Adalah diharapkan inisiatif ini dapat meringankan beban yang dihadapi rakyat,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top