Pelakon Abby Abadi sekali lagi menjadi mangsa sindiket penipuan atau scammer gara-gara mahu mendapatkan pengikut yang ramai di platform TikTok.
Menerusi hantaran terkini di Instagram, Abby atau nama penuhnya, Arbaiyah Abdul Manan, mengaku bahawa insiden berkenaan berpunca daripada khilafnya sendiri dek kerana terlalu mudah mempercayai orang lain.
“Gigih saya pagi-pagi buat buat live. Tiba-tiba nampak iklan orang nak jual akaun TikTok, terus nak beli tanpa rasa was-was. Inilah bahananya.
“Tulah senang sangat terpengaruh lah. Nak cepat sangat follower ramai dekat TikTok. Konon nak beli akaun yang dah ramai rupanya tak semudah itu ye. Kena scam rupanya.
“Kita pun bukan senang nak percaya. Bersoal jawab juga. Minta tukar dulu email password semua. Dah tukar baru kita buat pembayaran. Lepas buat pembayaran tiba-tiba log out balik akaun tu. Suami yang tolong bayarkan dari e-wallet sekarang dah buat report. Tunggu apa e-wallet boleh buat,” katanya.

Dalam pada itu, dia juga memaklumkan bahawa kegiatan penipuan itu dilakukan diluar negara, namun menggunakan aplikasi e-wallet Malaysia.
“Dengarnya penipu ni di luar Malaysia tp dia bagi ewallet malaysia. Kalau dah otak penipuuu kan? Kitalah bodoh.
“Korang jangan tertipuuu tau! Tengok details dia tu.. jangan transfer duit dekat nama tu ok,” jelasnya.
Bagaimanapun Abby dilihat tidak mendedahkan jumlah kerugian yang dialaminya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya berkongsi pengalaman sama sekaligus menitipkan pesanan agar Abby lebih berhati-hati dalam membuat pembayaran secara atas talian.





