Peragut maut rempuh pagar kem PGA

Peragut maut rempuh pagar kem PGA

mdroji@bh.com.my

Kuching: Peragut yang cuba melarikan diri selepas meragut beg tangan seorang wanita, maut apabila merempuh besi pagar Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kem Batu Kawa, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohf Irwan Hafiz Md Radzi berkata, sebelum itu suspek berusia 32 tahun itu meragut beg tangan wanita yang membonceng motosikal bersama suami dan anak lelakinya.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 1.30 tengah hari di Jalan Field Force Batu Kawa, di sini.

“Selepas meragut beg mangsa, suspek kemudian bertindak melarikan diri dan merempuh pagar besi di Briged PGA Batu Kawa.

“Pemeriksaan pengenalan diri suspek adalah lelaki tempatan dan pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan suspek meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Mohd Irwan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top