Mendapan jalan di Puncak Jalil dibaik pulih

Mendapan jalan di Puncak Jalil dibaik pulih

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Indah Water Konsortium (IWK) sudah memulakan kerja baik pulih ke atas struktur jalan raya yang mendap, dipercayai akibat paip pecah di Jalan Persiaran Puncak Jalil 1, Puncak Jalil, di sini.

Difahamkan, perkara itu dimaklumkan oleh kakitangan IWK kepada salah seorang penduduk sekitar yang memuat naik hasil maklum balas berkenaan di laman sosial kejiranan Taman Puncak Jalil, malam ini.

Individu dikenali sebagai Zainuddin Zainal dalam entri itu berkata, pihaknya sudah dimaklumkan bahawa kakitangan IWK akan menyiapkan kerja membaiki paip pecah di lokasi kejadian dalam tempoh 48 jam.

“Kontraktor lantikan IWK akan memulakan kerja pembaikan paip pecah malam ini,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna laman sosial kejiranan itu yang dikenali sebagai Lhekkah Sivaraja memuat naik rakaman video mengenai kejadian terbabit sambil menasihati pengguna jalan raya supaya berhati-hati ketika melintasi kawasan mendapan terbabit, awal pagi tadi.

“Ada mendapan di hadapan stesen minyak dekat Puncak Jalil (berhadapan tapak pembinaan). Sila berhati-hati,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top