“Kalau Dah Tertulis Takdir Allah Saya Akan Berpoligami, Hendak Cakap Apa?”

“Kalau Dah Tertulis Takdir Allah Saya Akan Berpoligami, Hendak Cakap Apa?”

Pelakon Amar Baharin memberi pandangan serta penerimaannya mengenai isu poligami. 

Memetik Astro Gempak, Amar berkata dia memilih untuk berserah kepada takdir Allah kerana dia tidak tahu apa akan jadi di masa mendatang.

Sementara itu, Amar menyifatkan rumah tangganya kini sudah sempurna dan hanya memberi fokus kepada anak-anaknya.

“Secara peribadi saya dan rumah tangga saya rasa dah sempurna, dah cukup dah, Alhamdulillah. Kini hanya fokus pada anak-anak dan membesarkan mereka saja,” katanya.

Dalam pada itu, Amar berkata dia gembira dengan reaksi penonton terhadap drama lakonannya Berbagi Suami dimana dia membawakan watak Dhani yang memilih untuk berpoligami.

“Kalau orang benci, Alhamdulillah, karakter itu berjaya. Ada yang kata bodoh dan pelbagai lagi kata-kata menjurus kepada watak Dhani.” katanya.

SUMBER: Astro Gempak


Scroll to Top