Ibu Vicha meninggal dunia

Ibu Vicha meninggal dunia

syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelawak, Vicha Barbie berkongsi berita sedih pemergian ibunya, Tuti Haryati Amran Munaf menerusi hantaran di Instagram, hari ini. 

Dalam hantaran terbaharunya, Vicha yang berasal dari Indonesia memohon doa daripada pengikutnya di platform itu agar mendoakan kesejahteraan roh ibunya. 

“Selamat jalan mama. Sekarang, mama sudah tak sakit lagi. Maafkan kakak ya mama. Kakak sayang mama. 

“Salam semua kawan-kawan. Minta tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk ibu saya,” tulisnya. 

Dalam hantaran itu, kelihatan Vicha yang baru tiba di Bandung, Indonesia memeluk dan mencium jenazah ibunya. 

Di Instagram Story, Vicha berkongsi perjalanannya menuju pulang ke kampung halaman dan turut berkongsi gambar kenangan bersama ibunya. 

Vicha bagaimanapun tidak menulis maklumat terperinci mengenai kematian ibunya. 

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top