Guan Eng tidak perlu takut pada bayang sendiri

Guan Eng tidak perlu takut pada bayang sendiri

nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: Umno Kelantan mengingatkan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng supaya tidak perlu takut dengan bayang sendiri kerana himpunan yang akan diadakan di Putrajaya, 6 Januari depan adalah himpunan aman tanda solidariti kepada Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub, berkata Umno tidak menghalang untuk sesiapapun rakyat Malaysia hadir memberi sokongan bersama-sama pada hari berkenaan.

“Guan Eng tidak perlu takut pada bayang sendiri walaupun Pas memberi arahan kepada ahlinya untuk hadir memberi sokongan. Ia tiada kaitan dengan mana-mana agenda politik.

“Umno tetap dengan pendirian bahawa Datuk Seri Najib ini terbabit dalam pendakwaan terpilih. Ia adalah himpunan aman tanda solidariti kepada bekas pemimpin kami yang terang dianiayai.

“Umno kekal menyokong Kerajaan Perpaduan pada hari ini dan menjaga keharmonian hubungan antara parti kerajaan,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, Guan Eng mengingatkan Umno bahawa sebarang program bersama dengan parti pembangkang, Pas akan menimbulkan keraguan mengenai kestabilan politik dan kedudukan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan.

Guan Eng dilapor berkata, ia termasuk perhimpunan solidariti atau demonstrasi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top