suharmin.yusuf@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan ada mengeluarkan surat yang tular di media sosial menggunakan nama, logo dan identiti jabatan berkenaan baru-baru ini.
JKDM dalam kenyataan memaklumkan, surat berkenaan adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh pihaknya.
Menurutnya, penggunaan nama serta identiti JKDM dalam surat terbabit dipercayai bertujuan memperdaya orang ramai.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang bayaran berdasarkan surat tersebut dan tidak memberikan maklumat peribadi kepada pihak yang tidak dikenali.
“Selain itu, membuat semakan melalui saluran rasmi JKDM sekiranya menerima surat yang meragukan,” kata kenyataan itu, hari ini.
Dalam pada itu, JKDM berkata, orang ramai yang ingin mendapatkan pengesahan lanjut boleh menghubungi Pusat Panggilan JKDM di talian 1-300-888-500.
© New Straits Times Press (M) Bhd




