Tiada angin tiada ribut, seorang pelawak terkenal dikatakan ditahan di Jeddah kerana dipercayai memiliki dadah jenis ganja
Memetik Utusan Online, pelawak berkenaan ketika itu dalam perjalanan menunaikan umrah baru-baru ini.
Bagaimanapun akaun media sosial pelawak berkenaan dilihat masih aktif dengan beberapa hantaran baharu dipercayai diuruskan oleh pasukan pengurusannya.
Pelawak tersebut dikatakan bakal muncul dalam satu program televisyen yang telah dirakam lebih awal sebelum insiden penahanan berkenaan. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada maklumat lanjut berhubung kesahihah kes tersebut.
SUMBER: Utusan Online




