Pelawak Popular Dijatuhi Hukuman 6 Bulan Penjara Di Jeddah | Oh! Media

Pelawak Popular Dijatuhi Hukuman 6 Bulan Penjara Di Jeddah | Oh! Media

Dua bulan lalu, media sosial kecoh dengan berita seorang pelawak terkenal yang dilaporkan ditahan di Lapangan Antarabangsa Terbang Jeddah, Arab Saudi ketika dalam perjalanan untuk menunaikan umrah.

BACA: Pelawak Yang Ditahan Di Jeddah Kerana Ganja Didakwa Dari Kumpulan Lagenda

Terbaru, menerusi laporan daripada Berita Harian. Pelawak itu kini sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di penjara Jeddah atas kesalahan dadah. Hukuman tersebut telah dijatuhkan ketika perbicaraannya pada November lalu.

Sumber juga berkata, pelawak itu berkemungkinan boleh dibebaskan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan sekiranya berkelakuan baik.

Kedutaan sahkan penahanan seorang rakyat Malaysia

Kredit foto: Konsulat Jeneral Malaysia

Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh juga telah mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah atas dakwaan memiliki dadah jenis ganja, namun identiti individu tersebut tidak didedahkan.

Sejak kejadian itu, Kedutaan Besar Malaysia bersama Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah telah memberikan bantuan konsular kepada artis terbabit.


Scroll to Top